AIZATUL AQILAH
Lahirnya Adriana Adilah


Alhamdulillah setelah berbulan-bulan ku tangguh nak post entry ni. Akhirnya ku gigih jua post.

"Lahirnya Adriana Adilah"

Mestilah dah terang-terangan anak yang aku kandung selama 40 minggu 1 hari ni dah selamat dilahirkan. Ehek ehek yup! Siap overdue satu hari dari due date yang sepatutnya. Hai lah anak, nak jugak duduk lama-lama dalam tu. Apa pun Alhamdulillah dah selamat dah pun semuanya. Sekarang kira-kira dah genap 7 bulan dah Adriana anak mommy. Dah macam-macam ragam dan tikah laku dia tunjuk. Kita as a parent ni yang excited sangat tau tengok perkembangan anak sendiri.

Ok at first aku mestilah nak cerita macam mana proses kelahiran Adriana. Ter-skip previous post tak apa lah kan? Tak sempat nak update proses pregnancy, kita terus proses melahirkan. Hehehehe. Masa second and third trimester aku kerja macam biasa bila boss panggil balik untuk bekerja. Masa tu aku pun dah tak mabuk so boleh lah bekerja masa tu. Ada jugak duit untuk aku shopping tanpa mintak somi ken ken daripada duduk dekat rumah je.

 Aku sempat lah makan semua benda yang aku nak makan, punyalah takut tak sempat masa tu hahahaha. Lebih 3 kali ajak husband makan steamboat & grill. Weh! suka gila makan grill2 masa tu. Hantu kambing/daging lah senang cerita. Pastu suka gila makan manis-manis. Ajak husband makan dipndip sokmo. Tu tak termasuk coklat yang dibeli makan kudap-kudap. Tu yang terkono gestational diabetes tu masa pregnant. Nasib baik masa pregnant je. Fuhhh.

Sebulan sebelum tu dah start rasa sakit. Masa tulah peringkat yang mendebarkan. Sebab kita tak tahu kan macam mana sakitnya nak bersalin tu. Minggu ke 35 rasa mild contaction masa tu, terus husband bawak pergi hospital. Takut tak ada langsung lagi tak sabarnya nak jumpa anak adalah  masa tu. Sampai hospital doc akan check bukaan. Paling debor bila tetibe doc kata "dah 2cm, esok boleh bersalin" omgggggggg tak sangka nak bersalin secepat tu!

Tapi aku masih mushkil kenapa aku tak rasa sakit pun? Sedangkan orang keliling aku masa tu macam-macam gaya sakitnya aku nengok. Yang menjerit dekat PAC tu tak yah cakap lah. Menyeramkan kalau kome dengar. Aku pun redha jelah kena cucuk dexa, function dia untuk matangkan paru-paru baby. Kalau ikutkan 35 weeks tu masih borderline premature. But still can deliver kata doc. Kena jugaklah admitted 3 hari sambil menunggu sakit yang tak kunjung tiba. Doc sahkan aku hanyalah false alarm jadi boleh balik dulu. Happy lagi sekali sebab dapat pergi bazaar ramadhan! Masa tu first day puasa.

Keluar je sepital tu tempat pertama aku tuju is bazaar lah of course hahahaha. Start hari admitted tu dah cuti bersalin. Bermulalah hari-hari yang menggetirkan menanti saatnya sakit contraction. Start 36 weeks dah rasa sakit badan yang teramat sakit. Kalau boleh memang nak tidur duduk je. Tiap malam terjaga sebab sakit badan. Oh anak! tolonglah hargai ibumu. Dan setiap malam husbandku akan jadi mangsa mengurut diriku.

Sampailah tiba masanya untuk aku serah diri dekat hospital.

Hari pertama - 23/6/17
Pagi-pagi dah terpacak dekat PAC untuk pendaftaran masuk wad. Bila check bukaan, still same. No good news. Muka muncung sedepa sebab tak dapat raya dulu. Masa ni bila dah warded, doc akan selalu check bukaan. Terseksa jiwa dan raga itu je mampuku kata.

Hari kedua - 24/6/17
Masih tiada perkembangan. Dan bermulalah doc induce. Aku terbayang-bayang induce tu sakit 2x ganda. Sampai kemalam aku masih tak dapat rasa contaction yang sebenar. Bila dah malam check lagi, rupanya dah 4cm. Doc inform yang nama aku dah ada di labour room tinggal untuk tolak aku masuk sana je. Fuhh.

Hari ketiga - 25/6/17
Hari raya di hospital. Sedihhhhhh! Still pagi tu tak ada rasa apa-apa. Dan aku sangat berharap anak aku lahir hari raya pertama tu sebab nak hadiah baby syawal yang hospital bagi. Hahahahah boleh?? Tengah hari husband datang melawat dan bawak juadah raya yang MIL tapaukan. Huhu sempat ok. Masa tengah makan tulah juga doc panggil untuk 2nd induce. Tak sempat induce pun, dah pecah air ketumban. Ya Allah! Happynya masa tu bila tahu dah tiba masanya anak aku nak lahir. Doc kata "anytime". Start pukul 2 kot masa tu aku dah rasa lain sikit but still can tahan. Sambil husband urut2kan pinggang. Sempat jugak scroll ig nengok OOTD raya orang ngeh ngeh. Bila dah nak ke maghrib tu tetibe rasa nak teran tau. Tak tahu nak cakap teran macam mana. Macam nak membuang lah senang cerita. Husband panggil nurse, terus diaorang tolak masuk labour room. Tetibe aku rasa macam jauh sangat labour room tu. Tak tahan nak neran weh. Sampai2 je aku cakap "ok saya dah ready" hahahaha adeh kelako pulak rasa. Husband aku siap boleh tanya "syg ok tak?" seriously tanya aku ok ke tak???! sah sah aku tak ok. Tepat selepas habis azan maghrib anak aku keluar. Alhamdulillah. Doc tanya tahu tak baby apa?? Aku dengan confident cakap "baby girl" hehehe itu pun sebab 2 minggu sebelum baru tahu hahaaha.

Hari keempat - 26/6/17
Tetibe aku sedar aku dekat satu bilik yang dipantau ketat oleh nurse and doc pakar. Aku macam tak berapa sedar masa tu. Rupanya dah 24jam aku dah selamat bersalin. Baru dapat jumpa anak. Tapi setakat tengok dari jauh je. Tetibe rasa tak boleh nak bangun. Memang tak boleh bangun pun rupanya. Nak minum pun nurse tolong suapkan tau. Kesiannya anak Mommy nangis kelaparan tapi mommy tak dapat nak bagi awak susu :(((

Hari kelima - 27/6/17
Rupanya doc sahkan aku bleeding sangat teruk. Dan terpaksa masukkan darah 2 bag. Masih tak dapat jumpa husband and family. Tapi mild wife dah bagi pegang anak masa tu. Alaaaa anak mommy tembam yakmat. Selama 3 hari dekat PAC tu, aku sangat dijaga rapi. Rasa sayangnya diaorang yang dah jaga aku & anak masa tu. Mommy dah stabil dan boleh masuk wad biasa dengan baby.

Hari keenam - 28/6/17
Masih dekat hospital. Masa ni Adriana nak kena kuning dan Doc kata maybe kena extand for 1 day lagi. Aku punyalah excited nak balik dia boleh suruh tambah lagi sehari. Punyalah gigih tau aku panggil Doc sekali lagi untuk check Adriana. Bila Doc check, katanya Adriana ni terlalu putih bila mereka tekan kulit dia nampak macam kuning. Sedangkan tak ada pun. Akhirnya dapat jugak kami balik. Alhamdulillah. Rasa macam dah lama sangat dah duduk dekat hospital. No life!!

Adriana tak kena jaundice pun, maybe sebab aku amalkan minum susu kambing masa dari start pregnant. Minum yang dalam kotak tak pun minum yang fresh punya. For me, fresh punya lagi sedap dah lah banyak khasiat. Dan sebab tu jugaklah Adriana putih lain macam kot? Eh eh haha. Tak kisahlah putih ke kurang putih je janji sihat kan. Alhamdulillah.

Sedar tak sedarkan dah 7 bulan dah anak aku. Ya Allahhhhhh. Lagi 5 bulan nak setahun. How time flies! Nanti dah 2 3 anak pulak dah. Eh eh. Terima kasih ya Allah beri kami peluang ada anak sendiri. Ya Allah, Engkau kurniakanlah juga anak kepada mereka yang masih menanti. Aminnn. Sesungguhnya aku juga faham apa yang mereka rasai.



Adriana 8 bulan dalam kandungan.


Orang ramai teka dapat baby boy sebab perut tak lebar. Tett! Tekaan anda salah.


Mommy masih gigih bawak perut yang besorrrrrr ni. Weh tak larat.


Atok & Nenek orang first yang visit Adriana. Hari raya ketiga.



Adriana first picture! Masa ni Daddy masuk bilik lepastu dia tengok je muka Daddy. Mungkin dia rasa macam pernah dengar je suara Daddy dalam perut hehehehe. Dan dia pandai pandang camera!! 



Mommy dalam pantang boleh jugak keluar ek? Pergi klinik je pun. 



My pantang view everyday errday. 


Adriana's aqiqah day. Genap dua bulan lepas Mommy habis pantang.


Ginilah dia kalau dapat baby girl. Matchy matchy with Mommy.


Our preparation sebelum tahu dapat baby girl hehehe.




Older Post



Me myself




Welcome to the life of a not-so-ordinary-mom! This blog is a way for me to share my thoughts, to write down things that I find interesting. Sit back and relax as you read about my journey.


Diary About



Instagram


designed by aizatulaqilah